Aug 24, 2025 - FASSelangor FC akan berdepan Negeri Sembilan FC, seteru bagi perlawanan ketiga saingan Liga Super 2025/26 di Stadium Sultan Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada jam 9 malam.
Malam ini merupakan pertemuan ke-110 di antara #NSESFC. Selangor FC telah memenangi 67 perlawanan dan seri 19 kali. Selain itu, sebanyak 277 gol telah dijaringkan sepanjang bertemu Negeri Sembilan FC. Kali terakhir skuad Gergasi Merah berdepan The Jang adalah dalam saingan Liga Super 2024/25 yang berakhir dengan kemenangan 4-0.
Menurut Katsuhito Kinoshi, Ketua Jurulatih Selangor FC, pasukan sudah membuat persiapan untuk perlawanan Liga Super ketiga menentang Negeri Sembilan FC.
“Selepas perlawanan yang lalu, langkah seterusnya adalah untuk terus bersedia bagi perlawanan yang akan datang. Kita sudah membuat persiapan yang terbaik untuk perlawanan malam ini. Saya percaya pemain akan berikan persembahan terbaik bagi aksi #NSESFC untuk para penyokong dan kelab,” jelas beliau.
Bagi keberadaan pemain, Mukhairi Ajmal masih menjalani sesi pemulihan daripada kecederaan ‘hamstring’ minggu lalu. Manakala, Willian Lira kini kembali menjalani sesi latihan seperti biasa dan bersedia untuk diturunkan dalam perlawanan malam ini bersama rakan sepasukan yang lain.
Pihak pengurusan Selangor FC yakin pasukan akan teruskan dengan aksi cemerlang bagi berikan saingan yang tinggi kepada The Jangs pada malam ini. Ayuh, Gergasi Merah!
Demi Kebanggaan!